
Adakah anda mempunyai gigi kecil. Seorang pesakit datang ke klinik saya beritahu gigi beliau kecil dan jarang. Disebabkan kondisi ini, beliau rasa tidak yakin terutamanya untuk pergi temuduga. Sebenarnya gigi saiz kecil begini bukanlah berbahaya. Gigi ini dipanggil sebagai peg shaped.
Gigi kecil atau Peg shape biasanya merujuk kepada gigi berbentuk kecil dan tirus (peg shaped tooth), paling kerap melibatkan gigi insisor lateral atas (gigi sebelah gigi hadapan).
Bagaimana peg shaped boleh terjadi?
Peg shape berlaku terutamanya disebabkan oleh faktor perkembangan dan genetik, antaranya:
-
Faktor genetik
Jika ahli keluarga mempunyai gigi kecil atau bentuk tidak normal, risiko lebih tinggi. Ia adalah sejenis anomali perkembangan gigi (microdontia).
-
Gangguan semasa pembentukan gigi
Berlaku semasa janin atau awal kanak-kanak iaitu ketika gigi sedang terbentuk.
Gangguan pada sel pembentuk enamel dan dentin menyebabkan gigi tidak membesar secara normal.
-
Sindrom tertentu (jarang berlaku)
Contoh: ectodermal dysplasia atau keadaan genetik lain. Biasanya disertai masalah gigi lain (gigi kurang, rambut nipis).
Masalah yang boleh berlaku akibat peg shaped
• Estetik: Gigi nampak kecil dan tidak sekata
• Ruang gigi (spacing) di antara gigi
• Masalah gigitan (malocclusion)
Apakah rawatan yang sesuai untuk peg shaped?
Rawatan yang diperlukan bergantung pada umur pesakit, tahap keparahan dan bajet setiap individu di Klinik Pergigian KPS Dentalcare (Klinik Pergigian Syarifah).
-
Tampalan Komposit
(Tampalan resin komposit untuk membesarkan dan membentuk gigi)- Kurang invasif
- Lebih murah
- Mungkin perlu diganti selepas beberapa tahun
-
Veneer (seramik atau komposit)
(Lapisan nipis di bahagian hadapan gigi)- Estetik sangat baik
- Kos lebih tinggi
- Perlukan sedikit pengasahan gigi
-
Crown (sarung gigi)
- Untuk kes teruk atau gigi sangat kecil
- Biasanya bila mencapai umur belia
-
Rawatan ortodontik (braces / aligner)
- Digabungkan dengan tampalan komposit atau veneer
- Untuk menutup ruang gigi dengan lebih baik
Peg shape adalah tidak berbahaya, tetapi boleh memberi kesan estetik dan fungsi. Rawatan paling popular dan konservatif ialah tampalan komposit, terutamanya bagi pesakit muda.
Berikut adalah contoh komposit veneer yang mudah dilakukan dan siap dalam masa sekejap. Tak perlu tunggu lama di Klinik Pergigian KPS Dentalcare (Klinik Pergigian Syarifah).

Ditulis oleh
Disediakan oleh Dr NurulHafizah Embong
IDG Universiti Sumatera Utara, Medan Indonesia
(Doktor Gigi Klinik Pergigian KPS Dentalcare Pak Sabah Dungun)



