
Bruxism perlu dirawat atau anda akan nampak tua sebelum mencapai umur tua.
Kadang-kadang apa yang nampak ringkas pada awalnya sebenarnya memerlukan penyelesaian yang lebih menyeluruh. Seorang pesakit datang hanya untuk merapatkan ruang antara gigi hadapan, tetapi pemeriksaan gigi menunjukkan keadaan gigi jauh lebih kompleks.
Bruxism menyebabkan gigi haus, ada spacing, dan retak halus pada permukaan enamel.

Pesakit juga mengakui mengalami bruxism (gigi bergesel waktu tidur), dan kehilangan beberapa gigi belakang membuat gigi hadapan terpaksa mengambil alih fungsi mengunyah. Dalam keadaan ini, tampalan biasa tidak cukup tahan lama dan berisiko cepat rosak.
Sebagai solusi, Klinik Pergigian KPS Dentalcare melakukan 6 unit crown pada gigi hadapan.

Hasilnya:
• Ruang antara gigi tertutup rapat
• Bentuk gigi lebih seimbang dan cantik
• Gigitan dinaikkan semula dari edge-to-edge kepada Class I occlusion
• Senyuman nampak lebih muda dan keyakinan pesakit kembali

Kes ini membuktikan bahawa rawatan estetik yang baik perlu selari dengan fungsi gigi.
Kadang-kadang penyelesaian terbaik bukan hanya menutup masalah, tetapi membetulkan puncanya.
Ditulis oleh
Dr Nur Nadia Binti Zakaria
Bachelor of Dental Medicine and Surgery
BDMS Tanta University, Egypt
(Doktor Gigi KPS Dentalcare Pak Sabah Dungun)



